Wednesday, 24 May 2017

Kemahiran Asas Tenis

CEKAK
Dalam permainan tenis, grip atau cekak raket amat penting. Terdapat tiga cekak utama iaitu
  • cekak timuran (eastern grip)
  • cekak barat ( western grip) 
  • cekak kontinental (continentalgrip).


PUKULAN PEPAT
Terdapat empat peringkat dalam kemahiran membuat pukulan pepat, iaitu ayunan balik(backswing) , ayunan hadapan (forward swing), kontak dengan bola dan ikut lajak. Teknik pukulan :
  • Diri sedia (stance)
  • Ayun balik (backswing ) dan tangan pemukul berada di paras pinggang.
  • Lakukan ayunan ke hadapan (forward swing )
  • Semasa membuat ayunan ke hadapan raket akan ke atas dan ke hadapan denganmembuat kontak pada bola.
  • Semasa mebuat kontak, pastikan bahawa lengan adalah lurus sepenuhnya,pergelangan tangan hendaklah tegap apabila berlakunya kontak dengan bola.
  • Apabila kontak telah dibuat, raket akan berada pada paras bahu.
  • Ikut lanjak. Ketika ini raket akan terus menyilang bahu supaya bola akan bergerakkea rah hadapan atau ke atas.


PUKULAN KILAS
Pukulan kilas ialah pukulan bahagian yang bertentangan pukulan tepat belakang raketyang dilakukan pada bahagian tangan tidak dominan. Terdapat dua kaedah pukulan kilas, iaitu pukulan kilas satu tangan dan pukulan kilas dua tangan.



PUKULAN KILAS SATU TANGAN 
Terdapat empat fasa dalam pukulan kilas satu tangan iaitu ayun belakang, ayunhadapan, kontak dan ikut lajak.
  • Semasa ayunan ke belakang , bengkokkan lutut dan pastikan bahu menghala kearah bola yang hendak dipukul.
  • Semasa ayunan ke hadapan pastikan mata memandang bola.
  • Semasa kontak, tangan diayun ke atas dan lutut diluruskan untuk mendapatkan lebih tenaga.
  • Selepas kontak, ikut lajak.


PUKULAN KILAS DUA TANGAN
Pukulan kilas dua tangan adalah lebih tepat dan laju. Ketika pukulan ini, cekak pertama(tangan bawah) ialah tangan dominan dan cekak kedua( tangan atas ) ialah tangan tidakdominan.Ketika membuat pukulan kilas dua tangan , empat pergerakan utama yangterlibat iaitu diri sedia, ayunan belakang, kontak dan ikut lajak.
  •  Diri sedia
  • Raket diayunkan ke belakang dan kedua-dua tangan berada pada paras pinggangdengan lutut dibengkokkkan .
  • Bahu menghala ke arah yang hendak dituju.
  • Raket diayun ke hadapan dengan raket diluruskan sedikit untuk mendapatkkan daya.
  • Semasa kontak dengan bola, lengan dan lutut diluruskan dan raket diayunkan keatas.
  • Selepas kontak , ikut lajak.


VOLI
Voli ialah menghentam bola di udara dengan cepat ke gelanggang lawan bagi memastikanbola.Voli tidak memerlukan ayunan belakang.Terdapat tiga fasa utama dalam melakukanvoli iaitu diri sedia, ayunan hadapan dan kontak. Teknik voli adalah seperti yang berikut :-
  • Diri sedia
  • Bengkokkan lutut dengan kedudukan kaki seluas bahu dan berat badan ke atas kakihadapan.
  • Ayunan hadapan dengan membawa raket ke hadapan.
  • Kontak, membuat punch pada bola dengan ketinggian bahu.


SERVIS
Servis digunakan untuk memulakna permainan. Terdapat tiga jenis servis iaitu servis cantas,American twist dan servis rata. Servis dimulakan di garisan belakang. Sekiranyamenggunakan tangan kanan, letakkan kaki kiri ke hadapan dan kaki kanan berada 30-35 cmdi belakang kaki kiri dan bagi yang kidal adalah sebaliknya.Terdapat empat fasa utamasemasa melakukan servis iaitu lambungan, ayun belakang, kontak dan ikut lajak.
  • Bola dilambung ke udara dengan tangan yang tidak memegang raket( bolahendaklah dilambung secara lurus dan ke hadapan sedikit daripada bahu kiri.)
  • Setelah bola dilambung, ayunan belakang dilakukan.
  • Raket ditarik ke belakang disebelah kanan badan.
  • Ayunan hadapan dengan melakukan kontak bola pada ketinggian maksimum bolamenurun dan berada pada aras kontak tertinggi.
  • Ikut lajak.


SMESY
Smesy ialah pukulan kencang untuk memukul bola yang melantun tinggi di hadapan jaring.Terdapat empat fasa melakukan smesy iaitu ayunan belakang, ayunan hadapan, kontak danikut lanjak.Teknik lakuannya adalah seperti yang berikut :-
  • Raket diayunkan ke belankang. Tangan yang tidak memgang raket mengimbangibadan. Mta focus kepada bola.
  • Ayun raket ke hadapan, badan dan lengan diluruskan dengan berat badandipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan sehingga bola dikontak.
  • Semasa kontak, kekuatan pergelangan tangan digunakan untuk memukul boladengan kuat masuk ke gelanggang lawan.
  • Ikul lajak


LOB
Lob ialah hantaran tinggi yang bertujuan untuk melepasi pemain lawan yang berada dikawasan jaring dan sebagai pukulan bertahan bagi memboleh pemukul mendapatkansemula posisi mengawal gelanggang.
  • Ayun belakang dengan bahu kiri menghadap jaring.
  • Raket diayun ke hadapan untuk melakukan kontak dengan bola. Ayunan raketbermula dari bawah ke atas bagi membolehkan bola naik tinggi.
  • Selepas kontak, pastikan raket diayun ke atas dengan aksi ikut lajak

Kemahiran Dalam Bola jaring


Pada asasnya, permainan bola jaring memerlukan kemahiran melakukan hantaran dan menerima bola. Namun begitu, seseorang pemain perlu menguasai kemahiran yang lain seperti mengelak, menghadang, menjaring dan gerak kaki.
a) Melakukan Hantaran
Pelbagai jenis hantaran boleh dilakukan sama ada menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan. Cara melakukan hantaran bergantung  kepada kedudukan rakan yang akan menerima bola.  Jenis hantaran yang biasa dilakukan ialah hantaran aras dada, hantaran aras bahu, hantaran atas kepala, hantaran sisi dan hantaran lantun.
i) Hantaran Aras Dada
Hantaran aras dada dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Tujuan melakukan hantaran aras dada adalah untuk membuat hantaran cepat dan tepat pada jarak yang dekat.
Teknik melakukan hantaran aras dada
  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan hampir ke dada, jaring menghala ke atas dan kedua-dua ibu jari di belakang bola. 
  • Kaki belakang melangkah ke arah hantaran. Sambil itu luruskan tangan dan tolak bola dengan pergelangan tangan dan ibu jari ke sasaran pada aras dada. 
  • Ikut lajak.
ii) Hantaran Aras Bahu
Hantaran aras bahu dilakukan dengan sebelah tangan. Hantaran ini bertujuan untuk membuat hantaran laju dan tepat pada jarak jauh.
Teknik melakukan hantaran aras bahu
  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Pegang bola pada aras bahu dengan sebelah tangan. 
  • Badan mengiring ke sisi, bawa bola ke belakang. 
  • Angkat tumit kaki belakang. 
  • Tolak bola ke hadapan dengan bantuan bahu, siku, pergelangan tangan dan jari-jari. 
  • Ikut lajak.
 
iii) Hantaran Atas Kepala

Hantaran atas kepala dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Hantaran ini digunakan untuk melambungkan bola tanpa dapat dicapai oleh pemain  lawan.

Teknik melakukan hantaran atas kepala.

  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan 
  • Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan tinggi di atas kepala. 
  • Ledingkan badan ke belakang sedikit. 
  • Bengkokkan siku dan bawa bola ke hadapan kepala. Sambil itu tolak bola ke hadapan dengan meluruskan tangan. 
  • Ikut lajak.

iv) Hantaran Sisi

Hantaran sisi dilakukan untuk membuat hantaran cepat menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan.

Teknik melakukan hantaran sisi menggunakan kedua-dua belah tangan

  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Bengkokkan sedikit lutut hadapan, bawa bola dengan kedua-dua belah tangan ke belakang. 
  • Luruskan kaki hadapan dan bengkokkan lutut belakang. Sambil itu ayunkan tangan ke hadapan dan tolak bola ke sasaran. 
  • Ikut lajak.
v) Hantaran Lantun

hantaran lantun digunakan apabila pemain lawan terlalu hampir atau terlalu ramai permain berhampiran.

Teknik melakukan hantaran lantun

  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Pegang bola dengan kedua-dua tangan dan bawa bola ke aras pinggang. 
  • Pindahkan berat badan ke kaki hadapan. 
  • Luruskan tangan dan tolak bola rendah dengan kuat. 
  • Ikut lajak.

b) Menerima Bola

Kemahiran menerima bola memerlukan koordinasi mata dan tangan yang baik.

Teknik menerima bola

  • Mata sentiasa memandang ke arah bola datang. 
  • Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Hulurkan tangan ke hadapan dengan jari dan kedu-dua tapak tangan menghadap satu sama lain. 
  • Terima bola dengan ibu jari sentiasa di belakang bola. 
  • Semasa bola menyentuh jari, bengkokkan siku, bawa bola ke badan. 
  • Semasa menerima bola, pindahkan berat badan ke kaki belakang.

c) Mengelak

Mengelak ialah kemahiran yang membolehkan seseorang pemain bebas daripada kawalan pemain lawan dan berpeluang untuk melakukan tindakan selanjutnya. Cara mengelak seharusnya tidak melanggar undang-undang permain. Terdapat beberapa asas mengelak, iaitu

i)                    Berlari ke arah yang sesuai
ii)                  Berlari laju dan berhenti dengan mengejut.
iii)                Berlari perlahan-lahan dan tukar kepada berlari laju.
iv)                Mengacah dan bergerak ke suatu arah (mengelak acan).

Teknik mengelak acan

  • Berada dalam kedudukan bersedia. 
  • Bongkokkan badan ke satu arah untuk mengelirukan pemain lawan, kemudian bergerak ke arah bertentangan.
 
d) Menghadang

Menghadang adalah asas bertahan. Kemahiran ini bertujuan untuk menghalang pemain lawan daripada menerima bola, melakukan hantaran dan menjaring gol. Bagaimanapun, pemain tertakluk kepada undang-undang dan peraturan. Terdapat empat posisi asas menghadang iaitu;
i)                    Berdiri menghadap permain lawan.
ii)                  Berdiri membelakangkan pemain lawan.
iii)                Berdiri di sisi pemain lawan.
iv)                Berdiri di belakang pemain lawan.


e) Gerak Kaki

Dalam permainan bola jaring, ketangkasan pemain adalah sangat penting. Ketangkasan pergerakan memerlukan kemahiran  gerak kaki tanpa melanggar undang-undang permainan. Kemahiran gerak kaki penting semasa seseorang itu menerima bola sebelum dihantar kepada rakan, sebelum menjaringkan gol atau semasa menangkap bola di udara. Gerak kaki yang dibenarkan olah undang-undang adalah dalam keadaan berikut:

i)                    Semasa menerima bola dan kedua-dua belah kaki di atas tanah.
ii)                  Setelah menerima bola dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
iii)                Setelah menerima bola dan mendarat dengan sebelah kaki.
iv)                Semasa menerima bola dan berpaksi pada sebelah kaki.

f) Menjaring

Kemahiran menjaring adalah penting kerana kemenangan sesebuah pasukan ditentukan oleh jumlah jaring. Jaringan dikira apabila penjaring gol atau penyerang gol berjaya memasukkan bola ke dalam jaring. Setelah menerima hantaran dan tidak melanggar undang-undang gerak kaki, penjaring dibenarkan melakukan jaringan dalam kedudukan berikut:

i)                    Menjaring pada kedudukan statik.
ii)                  Melangkah setapak ke hadapan dan menjaring.
iii)                Melangkah setapak ke belakang dan menjaring.
iv)                Melangkah setapak ke sisi dan menjaring.
v)                  Melompat dan menjaring.

Menjaring pada kedudukan statik menggunakan sebelah tangan adalah teknik asas menjaring. Bagaimanapun, menjaring menggunakan kedua-dua belah tangan boleh juga dilakukan.

Teknik  menjaring pada kedudukan statik

  • Kedudukan bersedia. Berdiri, sebelah kaki di hadapan. 
  • Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan. 
  • Jari dibuka dan melengkung, ibu jari di belakang bola. 
  • Bengkokkan siku dan bawa bola ke atas kepala sambil membengkokkan lutut. 
  • Luruskan lutut, tolak bola ke sasaran dengan meluruskan tangan dan dibantu oleh pergelangan tangan serta jari-jari. 
  • Ikut lajak.

KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN BOLA SEPAk






Kemahiran yang perlu dikuasai dalam permainan bola sepak termasuklah menendang, menyerkap, menanduk, melakukan hantaran, mengelecek dan menjaga gol.

a) Menendang

                   Tendangan yang baik dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik yang betul. Seseorang pemain juga dapat menendang dengan baik sekiranya mempunyai kekuatan otot dan kuasa yang baik di bahagian kaki. Menendang bertujuan untuk melakukan hantaran kepada rakan sepasukan, melakukan tendangan sudut atau tendangan bebas, mengeluarkan bola dari kawasan gol, menjaringkan gol dan melakukan sepakan penalti.

                    Pada asasnya terdapat tiga jenis tendangan iaitu tendangan leret, tendangan lambung dan tendangan voli.

i) Tendangan Leret
Tendangan leret dilakukan apabila membuat hantaran dekat dan menjaringkan gol.

Teknik melakukan tendang leret 
  • Kedudukan bersedia. letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan hampir lurus. Mata memandang bola.
  • Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan dibengkokkan sedikit.
  • Tendang di bahagian tengah bola.
  • Ikut lajak selepas melakuan tendangan. 













ii) Tendangan Lambung

Tendangan lambung dilakukan ketika membuat hantaran jauh, tendangan bebas, tendangan sudut, mengeluarkan bola dari kawasan gol dan semasa menjaringkan gol.

Teknik melakukan tendangan lambung
  • Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di belakang bola. Badan hampir lurus. Mata memandang bola. 
  • Ayun kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkok sedikit. 
  • Tendang di bahagian bawah bola. Badan condong ke belakang. 
  •  Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

iii) Tendangan Voli

Tendangan voli dilakukan untuk mengeluarkan bola dari kawasan gol dan untuk menjaring gol. Tendangan voli dilakukan menggunakan bahagian kaki semasa bola di udara.

Teknik melakukan tendangan voli   
  •  Kedudukan bersedia. Berdiri menghadap bola.
  • Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan sedikit. Mata memandang bola.
  • Tendangan di bahagian bawah bola menggunakan kekura kaki. Badan condong ke belakang. 
  • Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

Kemahiran Asas Tenis

CEKAK Dalam permainan tenis, grip atau cekak raket amat penting. Terdapat tiga cekak utama iaitu cekak timuran (eastern grip) cekak bar...